Friday, March 9, 2007

artikel yang berkaitan dengan remaja kini


Tuesday, November 14, 2006
Sebab masalah sosial remaja berleluasa
Sebab masalah
sosial remaja berleluasa
HEADING CADANGAN: JATI DIRI REMAJA KITA TELAH MATI


KEHIDUPAN remaja hari ini penuh dengan pelbagai
permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu
bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan
kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke
arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan
yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol,
ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di
pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru
kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa
dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat
sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan
bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada
orang lain. Apa punca dan kenapa? Untuk itu SIASAH
melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui
Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah
bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd.
Banyak huraian dan penjelasan yang diungkaikan
berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. Ikuti
penjelasannya di bawah.

SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa
dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan
negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang
berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana
mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka
tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak
diikuti.Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai.
Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianya
Melayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidup
mereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarian
itu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogol
dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada
mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan
solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu
sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena
pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam,
Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan
bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya
remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan
identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan.
Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat
sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok
tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku.
Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat.
Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudah
menerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagai
remaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelik
mengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas,
cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.

Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak
muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apa
istimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalau
dibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin,
Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia
bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu dan
mengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu seperti
itu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok
budaya orang lain sedangkan kita ada budaya akita
sendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang,
kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri
yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di
situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh
negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya.
Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang
diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.

Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang
hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hari
ini kita sedih kerana generasi kita lupa kepada
sejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalan
kita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.

Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan
yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya
mestilah mengikut bangsa kita sendiri.

Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yang
menjadi tonggak dalam membentuk jati diri.

Pertama -Pegangan iaitu agama.
Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau buruk
Kita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang
berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilah
kita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidak
baik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah
mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya.
Kerana itu kita perlu ada pegangan.

Kedua- Perjuangan- merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan (pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan kejahatan. Kita tidak
akan sesekali mudah menerima perkara-perkara yang
bertentangan dengan cara hidup, budaya kita.

Ketiga- Hubungan- yang sering dikaitkan dengan bahasa.
Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.

Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu
bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalah
tulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang,
tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita
sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di mana
bahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubung
kita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alat
perpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan
memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sedia
ada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut.
Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yang
menunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak
iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasa
dan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini,
dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa
sesuai dengan jiwanya.
Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang
mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dan
tulisan jawi dihidupkan semula.

Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya. Tetapi kita tidak bangga menyanyikan lagu Melayu sering dikaitkan dengan seni dan
adab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayu
cukup cantik dan halus kalau ianya dipamerkan.
Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, cara
menghormati orang tua semua itu melambangkan peribadi
yang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalau
ditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadi
lebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda
ini pupus.

Kelima- Susunan- dikaitkan dengan budaya.
Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indah.
Cara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul dan
Sebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali
akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orang
kita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada pada
bangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi oleh cara hidup orang
barat.

Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarang
ini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi
cuba diselamatkan dengan menghidupkan semula
penggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu,
dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasa
rasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai
ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisan
jawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara.
Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendi
kepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan
didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja.
Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang mana
ianya dihadiri oleh para remaja.

Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama
Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahu
perlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agama
itu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut.
Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi
menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dah
berkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidak
sekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalau
tidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin.
Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat tak
tahu. Perkara seperti inilah yang saya katakan
pemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telah
menyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka ini
jahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buat
kalau tidak buat itu bahaya.

Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkan
boleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalau
dikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club',
panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang
membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan.
Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusia
suka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan dengan
fitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita.
Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebas
lelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran,
pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita.
Apakah itu yang kita kehendaki.

Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi.
Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat
akan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata.
Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yang
lima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari
kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jari
hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya ada
cerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jari
diumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga
10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkat
ini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatian
yang khusus. Jari manis, peringkat anak di alam
remaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakan
berdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dan
disiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering
diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yang dilayarinya.

Blog Psikologi Perkembangan Remaja: PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIAL EMOSI REMAJA

Blog Psikologi Perkembangan Remaja: PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIAL EMOSI REMAJA

PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIAL EMOSI REMAJA



http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com

PERKEMBANGAN DAN MASALAH KOGNITIF REMAJA

Apabila memasuki lingkungan umur sebelas tahun, piaget menyatakan perkembangan kognitif manusia masuk tahap yang akhir, iaitu operasi formal. Kanak-kanak yang memasuki tahap ini berupaya berfikir dengan logik serta memahami konsep-konsep yang abstrak.

Tahap kognitif ini membolehkan para remaja berfikir tentang fikiran itu sendiri, mempelajari tatabahasa yang kompleks,konsep matematik seperti algebra dan mengendalikan tugas mental dengan menggunakan konsep serta fikiran yang kompleks.

Satu lagi perubahan kognitif remaja yang agak ketara ialah pemikiran egosentrisme remaja ( adolescence egocentrism) yang disarankan oleh Elkind,(1967). Remaja sering mengubahsuaikan persepsi tentang kebenaran alam.

Mereka sering merasai yang perhatian umum sentiasa tertumpu kepada diri,tingkahlaku, perbuatan dan sifat mereka.

Elkind mengatakan bahawa para remaja sering mengada-adakan bayangan sekelompok manusia yang akan mengkritik segala tingkah lakunya sedangkan ini hanyalah bayangan pesepsi mereka yang dikuasai oleh egosentrisme remaja.



PERKEMBANGAN EMOSI SOSIAL

Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja mengalami satu proses kesedaran kendiri.

Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-kawan.

Erikson menyatakan bahawa remaja mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. Remaja akan bertanyakan ‘siapakah saya’, ‘apakah tujuan hidup ini’ dan ‘kemanakah arah sendiri’.

Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.

Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana mengaggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.

Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identity kumpulan adalah identiti mereka.

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN REMAJA

http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com
Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.

Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.

Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH

Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.

Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:

1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.

Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.

CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA

Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja.

Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka.

Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.

Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.
Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja

Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka.

Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.

SEKSUALITI REMAJA

Pertumbuhan intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:

1) Perubahan peringkat pada tubuh badan
2) Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga
4) Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan teman-teman.
5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat
8) Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.

HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH

Pengalaman pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat pertengahan dan akhir remaja.

Dalam kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih daripada 50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks.
Secara puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara seksual dalam melakukan hubungan kelamin.

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan kegiatan seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau ibu bapa.

Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan singkatan STD .
Amerika, gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan remaja belasan tahun daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula ebih ketara di kalangan remaja daripada kelompok rendah.
Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.

BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA

Para remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru. Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi sendiri.

Bagi remaja wanita, haid adalah sesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkan ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan. Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah Bulimia.

Beberapa masalah kecil sentiasa menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering di perbesar-besarkan.

Friday, March 2, 2007

Bentuk-bentuk Konflik Remaja - Ibu bapa

Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud dalam pelbagai bentuk. Konflik ini boleh dalam bentuk konflik peribadi, sosial, aktiviti di rumah atau di sekolah, disiplin dan sebagainya. Dalam membincangkan konflik remaja dengan ibu bapa ini, sering bertindan lapis dengan istilah jurang generasi (generation gap). Sebenarnya istilah ini merujuk kepada konflik remaja dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai generasi yang lebih tua seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa generasi muda merupakan golongan yang akan memasuki tahap dewasa. Akibat penolakan hakikat yang sebenarnya maka timbullah jurang generasi atau konflik antara remaja dengan ibu bapa. Antara konflik remaja dengan ibu bapa ialah konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik own rights dan other right, dan konflik rakan sebaya.

Monday, February 12, 2007

Renungan Bersama untuk Remaja


Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, waktu, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.


Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.


Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan


Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.


Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu

Friday, January 26, 2007

BIODATA

http://psikologi-perkembangan.blogspot.com

Tan Lean Wooi (A105595)

C506 Taman Tenaga, Kajang

Tan Kian Bin (A104959)

K1D 405, Kolej Tun Hussein Onn

Norhazijah bt Mohd Khalid (A105522)

NO. F1402, Kolej Pendeta Za'ba

Siti Rohayu bt Ahmadan (A105173)

NO. E2209 Kolej Pendeta Za'ba

Zuliyana bt Mohd Zain (A110119)

NO. E1304 Kolej Pendeta Za'ba

Definisi berkaitan remaja


http://psikologi-perkembangan.blogspot.com


Remaja:

Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan daripada masa kanak-kanak ke masa dewasa. Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) adalah 12 sampai 24 tahun. Namun jika pada usia remaja seseorang sudah berkahwin, maka ia tergolong dalam dewasa atau bukan lagi remaja. Sebaliknya, jika usia sudah bukan lagi remaja tetapi masih tergantung pada orang tua (tidak mandiri), maka dimasukkan ke dalam kelompok remaja.

  • mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin.
  • (Kamus Dewan, Edisi ketiga)

Pengenalan:

Secara amnya, dalam melalui proses kehidupan ini, manusia melalui tiga peringkat perkembangan yang utama iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tiap – tiap peringkat mempunyai ciri perkembangan psikologikalnya yang tersendiri. Apabila melangkah di alam remaja, seseorang individu itu akan mempelajari cara – cara menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya. Ia bermula dengan proses penyesuaian pada bentuk dan perasaan yang ada pada tubuh dan kemudian penyesuaian dengan manusia dan situasi yang berlainan. Selepas itu,barulah mereka akan melangkah ke alam dewasa.

Zaman remaja:

Zaman remaja merupakan satu masa peralihan sementara daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Ia boleh didefinisikan sebagai satu masa yang bermula apabila baligh sehingga permulaan zaman dewasa.

Waktu remaja adalah waktu yang amat kompleks. Pelbagai jenis masalah seperti perubahan pada diri, perubahan mental, percubaan-percubaan dalam hidup dan pelbagai bentuk lagi berlaku pada waktu ini. Masa remaja dikatakan zaman yang menimbulkan pelbagai konflik yang menyebabkan tekanan jiwa kepada individu. Hal ini kerana seseorang remaja gemar mencuba sesuatu yang kadang-kala bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Contohnya pengambilan dadah, seks bebas dan sebagainya. Satu fenomena yang sering kedengaran kini ialah pertelingkahan di antara remaja dan ibu-bapanya. Perkara ini berlaku akibat tidak ada komunikasi kerana adanya jurang generasi. Hal ini menyebabkan berlakunya kes-kes remaja lari dari rumah dan ia menjadi satu fenomena yang menjadi fokus permasalahan remaja masa kini.

RUJUKAN:

Mahmood Nazar Mohamed. 2005.Pengantar Psikologi:Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. DBP. Kuala Lumpur.
Pertumbuhan dan perubahan fizikal
  • Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja.

  • Ada perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani.

  • Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian.

  • Saiz otot dan tulang mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala Lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu.Pada zaman remaja awal, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan dewasa, kaki dan tangan mereka semakin panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang. Perkembangan cepat tersebut akan mengakibatkan remaja berasa janggal

  • Selain itu, badan dan kulit remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak, akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau. Perubahan fizikal tersebut adalah dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang dirembeskan dengan bilangan yang sangat kurang oleh kelenjar endokrin. Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak zaman fetal hingga sekarang, bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh.

  • Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan” muncul dalam kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting, testoterone berbanding dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki (Tanner, 1978).

  • Setiap hormon mempengaruhi satu set sasaran atau reseptor yang tertentu. Contohnya rembesan testosterone menyebabkan zakar bertumbuh, bahu menjadi semakin lebar, bulu bertumbuh di tempat kemaluan dan di muka. Sebaliknya, estrogen menyebabkan uterus dan dada bertumbuh dan pinggung menjadi semakin lebar.

  • Sel dalam tempat sasaran mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas dengan hormon tertentu yang mengedar dalam darah tetapi tidak bertindakbalas terhadap yang lain. Contohnya, uterus bertindakbalas secara terpilih terhadap estrogen dan progesterone. Sel sasaran adalah sangat peka terhadap kuantiti hormon dan sangat kecil, walaupun hormon muncul dalam bilangan yang begitu kurang seperti mengesan seketul gula yang larut dalam satu kolam renang (Tanner, 1978)

  • Kelenjar endokrin merembes hormon yang kompleks dan halus, kerja penyenggaraan ini dijalankan oleh 2 tempat otak: hypothalamus dan pituitary. Hypothalamus adalah bahagian otak yang memulakan proses pertumbuhan dan pembiakan sejak zaman remaja. Pituitari terletak dibawah bahagian otak, ia mengeluarkan beberapa jenis hormon, termasuk hormon pertumbuhan, iaitu hormon yang mengawal seluruh pertumbuhan badan, dan beberapa hormon tropi kedua.

  • Hormon tropi ini merangsang fungsi beberapa kelenjar, termasuklah kelenjar seks, iaitu testis dalam badan lelaki dan ovari dalam badan perempuan. Kelenjar seks mempunyai 2 fungsi: mengeluarkan sperma atau ovum dan merembeskan androgens atau estrogens. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dan kelenjar seks mempunyai pengaruh emosi terhadap fizikal remaja

  • Kematangan seksual pada lelaki. Selepas pertumbuhan secara menyembur, perubahan major biologikal kedua ialah pembanguan sistem pembiakan. Pada lelaki, tanda pertama akil baligh ialah pertumbuhan testis dan skrotum secara pecut. Lebih kurang 1 tahun selepas pertumbuhan ini bermula, zakar mengalami pertumbuhan secara menyembur. Antara 2 perkara ini, bulu pubik mula muncul, tetapi ia tidak mencapai pertumbuhan sepenuhnya sehingga selepas penyelesaian perkembangan kemaluan.

  • Sejak tempoh ini, perkembangan saiz jantung dan paru-paru juga berlaku. Berpunca daripada kelakuan hormon seks lelaki, testosterone, lelaki juga membangun lebih banyak sel darah merah berbanding dengan perempuan. Pengeluaran sel darah merah yang luas ini adalah salah satu faktor menyatakan keupayaan olahraga remaja lelaki mengatasi remaja perempuan. Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau lewat umur 16 tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat dan mungkin datang sejak pelancapan atau “mimpi lembap”. Pancutan pertama ini biasanya tidak mempunyai cukup air mani untuk subur (Money, 1980).

  • Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara garau yang janggal. Suara betul-betul berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian perubahan akil baligh, dan dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi kepentingan sebagai batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)

  • Kematangan seksual perempuan Dalam perempuan, “dada bertunas” adalah biasanya tetapi bukan selalunya sebagai tanda pertama akil baligh bermula. Perkembangan uterus dan vagina adalah serentak dengan pembesaran labia dan kelentit.Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat perubahan perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan secara menyembur.

  • Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 ½ atau lewat umur 16 ½; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun, dan untuk Bindi of New Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).

  • Perubahan dalam perempuan· Perkembangan dada· Pertumbuhan bulu kemaluan· Pertumbuhan bulu di bawah ketiak· Pertumbuhan badan· Waktu haid pertama· Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.

  • Perubahan dalam lelaki· Pertumbuhan testis dan scrotal sac· Pertumbuhan bulu kemaluan· Pertumbuhan bulu di bawah ketiak dan muka· Pertumbuhan badan· Pertumbuhan zakar· Perubahan suara· Pancutan air mani yang pertama· Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.

  • Imej badan dan penyesuaian. Ahli sosiologi memanggil remaja sebagai kumpulan pinggiran (marginal group), iaitu satu kumpulan antara budaya atau budaya dominan yang pinggir bahawa biasanya menunjukkan keperluan intensified disahkan. Remaja boleh menjadi tidak sabar terhadap penyimpangan dengan ekstrim.

  • Media massa menghasilkan kecenderungan remaja terhadap ketidaksabaran oleh imej menarik stereotaip pasaran, riang remaja tanpa pimpes, janggal, pendakap, atau masalah berat. Sebab banyak remaja adalah sensitif dengan ekstrim terhadap kemunculan fizikal dan menggunakan banyak masa untuk memeriksa mereka sendiri di hadapan cermin, ketidaksamaan antara imej sendiri mereka yang kurang sempurna dengan kilap unggul yang mereka nampak dalam media sering menghasilkan kesangsian sendiri dan kebimbingan.Sejak imej badan berhubungan sangan dekat dengan masa kematangan, banyak kajian telah menerangkan kesan kematangan awal atau lewat.

  • Prihatin remaja terhadap imej badan. Sejak zaman kanak-kanak pertengahan, kanak-kanak menjadi sedar terhadap jenis badan dan unggul yang beza, dan mereka dapat idea jelas saksama terhadap jenis badan, kadar, dan teknik mereka. Tetapi dalam remaja, ada peperiksaan rapi terhadap penerimaan jenis badan. Dalam masyarakat kita, ada orang muda menakluk mereka sendiri kepada pengehadan makanan dengan bersungguh, sementara itu memulakan dengan usaha ke atas keras regimen kesihatan fizikal dan latihan tenaga, contohnya mengangkat berat, olahraga, atau menari. Biasanya, kebanyakan lelaki lebih menumpukan prihatin mereka terhadap kekuatan fizikal bahawa mereka boleh menggunakannya ke atas persekitaran (Lerner, Orlos, & Knapp, 1976). Jadi, ketinggian dan otot adalah penting terhadap mereka.

  • Sebaliknya, perempuan sangat bimbang mereka menjadi terlalu gemuk atau terlalu tinggi. Mereka menumpukan prihatin terhadap berat, di samping itu, sebab mereka prihatin terhadap penerimaan sosial. Keputusannya, banyak remaja perempuan yang normal, walaupun kurus, mereka berasa mereka gemuk dan cuba untuk menghilangkan berat badan mereka. Apabila mereka terlalu ekstrim, prihatin terhadap berat ini boleh mendatangkan anorexia nervosa atau bulimia.Ketinggian, berat dan wajah adalah sumber prihatin kepada remaja. Lebih kurang 2/3 remaja harap mereka sendiri akan mempunyai satu atau banyak bahagian pertukaran fizikal (Peterson & Taylor, 1980). Bilangan kesedaran sendiri terhadap badan seseorang menyusut pada remaja akhir. Menurut satu kajian, kepuasan terhadap imej badan perempuan pada umur 13 tahun dan lelaki pada umur 15 tahun adalah paling rendah.

  • Selepas umur tersebut, kepuasannya meningkat dengan ketara. Keseluruhannya, dalam umur antara 11 tahun dan 18 tahun, kepuasan imej badan perempuan lebih rendah daripada lelaki (Rauste-von Wright, 1989).Terdapat perbezaan yang menarik dalam perubahan remaja perempuan dan lelaki yang ingin buat terhadap badan mereka.

  • Perempuan mahu perubahan spesifik: “saya hendak buat telinga saya dalam keadaan tertentu” atau “ Saya hendak buat dahi saya lebih rendah.” Lelaki juga tidak puas tetapi kurang tepat. Seorang lelaki tipikal mungkin berkata: “Saya ingin mendapat rupa yang handsome dan tidak gemuk. Saya ingin mendapat rambut hitam berombak. Saya hendak tukar seluruh rupa fizikal jadi saya akan menjadi handsome, dengan bentuk tubuh yang baik. Kedua-dua perempuan dan lelaki bimbang terhadap kulit mereka. Setengah kalangan remaja berkata mereka prihatin terhadap pimples dan blackheads.

  • Kematangan awal dan lewat. Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah, terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk mengalami pertumbuhan secara pecut.

  • Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak dan dewasa berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih muda, jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang lebih rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa (Brackbill & Nevill, 1981).

  • Kadang-kalanya persepsi ini menjadi ramalan kepenuhan sendiri, dan lelaki kematangan lewat akan memberikan reaksi dengan pergantungan kebudak-budakan dan tingkah laku tidak matang. Dalam kes lain, dia mungkin bantah dan menjadi sangat aggresif. Setidak-tidaknya, lelaki kematangan lewat mempunyai kesusahan penyesuaian yang lebih banyak berbanding dengan lelaki kematangan awal. Lelaki kematangan awal bercenderungan menambahkan semua jenis sosial dan faedah olahraga di kalangan rakannya.

  • Daripada zaman pertengahan kanak-kanak, lelaki kematangan awal lebih suka menjadi pemimpin rakan kumpulan mereka (Weisfeld & Billings, 1988). Jika kematangan awal adalah aset kepada remaja lelaki, jadi ia juga menjadi rahmat kepada perempuan. Dalam perempuan, faedah awalnya terlekat pada kematangan lewat. Perempuan kematangan lewat mungkin mula matang pada masa yang sama dengan rakan lelaki dia. Dia lebih popular dalam golongan rakan dia berbanding dengan perempuan kematangan awal. Perempuan kematangan awal, lebih tinggi, dan lebih matang berbanding dengan rakan lelaki dia. Akibatnya, dia kurang mempunyai peluang untuk berbincang dengan rakan dia bahawa perubahan fizikal dan emosi yang dia alami.

  • Tetapi, sebaliknya perempuan kematangan awal kerap berasa lebih tertarik, mereka lebih popular dengan lelaki yang lebih besar, dan mereka keluar untuk pertemuan sosial lebih kerap berbanding dengan rakan yang mengalami kematangan lewat (Blyth, Bulcroft, & Simmons, 1981).

SOALAN OBJEKTIF



1)Apakah yang dimaksudkan dengan Storm dan stress yang diperkenalkan oleh
G. Stanley Hall?

a) remaja yang suka berfoya-foya
b) remaja yang penuh dengan pergolakan dan konflik
c) remaja yang keliru emosi
d) remaja yang sihat

2. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman transisi remaja?

a) Zaman peralihan dari zaman kanak remaja
b) Zaman peralihan emosi remaja
c) Zaman perubahan kognitif
d) Zaman kemurungan remaja kerana berubah menjadi dewasa

3. Transisi zaman kanak-kanak kepada remaja terbahagi kepada 3 proses iaitu:

i) biologikal
ii) kognitif
iii) sosioemosi
iv) persekitaran

a) i dan ii c) ii,iii,iv

b) i,ii.iii d) iii dan iv


4. Sebagai remaja, adakah anda perlukan kebebasan

a) ya
b) tidak
c) tidak pasti
d) kadang-kadang


5. Apakah rancangan kegemaran anda di tv3?

a) Remaja
b) Buletin utama
c) Melodi
d) Explorace



6. Semasa di alam remaja. Siapakah idola anda?

a) Ayah
b) Perdana Menteri
c) Artis
d) Lain-lain nyatakan _______________


7 . Hormon ‘lelaki’ dan hormon ‘perempuan’ muncul dalam kedua-dua badan lelaki
dan perempuan, tetapi hormon yang manakah terpenting mempengaruhi pertumbuhan badan lelaki secara ketara?

a) androgens
b) estrogen dan testosterone
c) testosterone dan androgens
d) progesterone dan androgens


8 . Apakah perubahan tipikal badan perempuan pada zaman remaja?

i) perubahan suara
ii) perkembangan dada
iii) pertumbuhan bulu di bawah ketiak dan muka
iv) pertumbuhan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar

a) I dan ii
b) ii dan iii
c) ii,iii dan iv
d) ii dan iv


9. Pernyataan di bawah adalah pernyataan berkaitan dengan lelaki kematangan
Awal dan lewat. Pilihkan pernyataan yang betul?


i) lelaki yang matang awal mengalami kelemahan dalam sukan berbanding dengan rakan sebayanya.

ii) Lelaki yang matang awal lebih sukar menjadi pemimpin rakan kumpulan
mereka.
iii) lelaki yang matang lewat mungkin bertingkah laku keanak-anakkan dan tidak
matang, dalam kes lain dia mungkin menjadi sangat agresif.

iv) lelaki yang matang lewat mempunyai kesusahan penyesuaian yang lebih
banyak berbanding dengan lelaki kematangan awal.



a) i dan ii
b) ii dan iii
c) ii,iii dan iv1
d) i,ii,iii dan iv

10. Antara berikut yang manakah merupakan masalah psikologikal di waktu
remaja?

i) konflik kasih sayang
ii) konflik kebebasan
iii) konflik pemilihan rakan sebaya
iv) konflik tanggungjawab


a) i dan ii
b) i dan iii
c) i,ii,dan iii
d) Semua di atas


11. Menurut Teori Interpersonel Sullivan beliau menekankan faktor

a) interaksi individu dengan persekitaran
b) keselamatan
c) perkembangan dan kematangan individu
d) kebudayaan dan persekitaran

12. Interaksi sosial boleh memberikan kesan-kesan yang negatif ke atas tingkah
laku remaja.


a) benar
b) salah


13.mAdakah dikatakan remaja apabila anda telah:

a) mempunyai pasangan yang boleh berkongsi perasaan
b) berani untuk membuat keputusan
c) mempunyai matlamat dalam hidup
d) memiliki ramai kawan-kawan yang boleh dipercayai






14. Kebanyakkan rakan remaja anda adalah seorang yang

a) berdikari
b) periang
c) rendah diri
d) pemalas

15. Kegemaran seseorang remaja itu adalah pada sesuatu yang

a) mencabar
b) ilmiah
c) menyeronokkan
d) rekreasi


16. Seseorang remaja itu boleh dikatakan remaja melihat kepada

a) kematangan dia berkata-kata
b) cara seseorang itu bersosial
c) usianya
d) fizikalnya


17. Remaja itu dikatakan berdikari apabila:

a) Tidak lagi bergantung kepada ibu bapa
b) Bebas membuat keputusan
c) Sentiasa mengikut kata hati
d) Berfikir sebelum membuat keputusan

18. Remaja tidak suka di kongkong

a) setuju
b) tidak setuju


19. Apabila mempunyai masalah, remaja selalunya merujuk kepada

a) guru
b) ibu bapa
c) kaunselor
d) rakan karib





20. Remaja mudah merasa bosan kerana

a) tiada kebebasan
b) tiada tempat bergantung
c) kerana terlalu rasa rendah diri
d) sudah sifat mereka cepat bosan

21. Ibu bapa adalah seseorang yang amat rapat dengan remaja

a) setuju
b) tidak setuju




SOALAN SUBJEKTIF

1) Adakah remaja itu memerlukan perhatian di dalam setiap tindakannya. Berikan alasan anda.

2) Remaja sentiasa diletakkan pada tempat kedua di dalam memberikan pendapat
oleh sesetengah golongan orang dewasa. Berikan alasan anda.

3) Apa pandangan anda terhadap remaja masa kini?

4) Sebagai remaja andainya anda diberi peluang untuk membuat pilihan, sebagai remaja. Nyatakan apakah keinginan anda dalam hidup ini?

5) Mengapakah munculnya konflik remaja dengan ibu bapa? Apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mengurangi konflik yang berlaku?

6) Apakah yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan gejala sosial? Adakah disebabkan persekitaran @ salah didikan ibu bapa?

7) Apakah yang menunjukkan ciri kematangan seorang remaja?