Friday, March 2, 2007

Bentuk-bentuk Konflik Remaja - Ibu bapa

Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud dalam pelbagai bentuk. Konflik ini boleh dalam bentuk konflik peribadi, sosial, aktiviti di rumah atau di sekolah, disiplin dan sebagainya. Dalam membincangkan konflik remaja dengan ibu bapa ini, sering bertindan lapis dengan istilah jurang generasi (generation gap). Sebenarnya istilah ini merujuk kepada konflik remaja dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai generasi yang lebih tua seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa generasi muda merupakan golongan yang akan memasuki tahap dewasa. Akibat penolakan hakikat yang sebenarnya maka timbullah jurang generasi atau konflik antara remaja dengan ibu bapa. Antara konflik remaja dengan ibu bapa ialah konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik own rights dan other right, dan konflik rakan sebaya.

No comments: